Thursday 25 June 2015

Doa Untuk Hilangkan Kesedihan Yang Banyak Hutang



“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu bersemayam di atas ‘Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti), dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.”

Keterangan :
Ada suatu cerita, bahawa pada zaman dahulu ada seorang lelaki yang khabarnya kaya-raya, tetapi kemudian tiba-tiba kekayaannya hilang dan ia di bebani hutang yang banyak . Kehidupannya menjadi duka dan nestapa.

Pada suatu malam ia keluar rumah, pergi berjalan-jalan mengelilingi daerah sekitarnya hingga larut malam. Tiba-tiba pada suatu lorong, didengarnya dengan khusyu’ bacaan seseorang, sehingga pada suatu ayat yang berbunyi: Alaa Lahul Kholqu Wal Amru Tabaarokallaahu Robbul ”aalamii” (surah Al-A’raaf, ayat 54). Ayat itu rupanya sangat berkesan dihatinya sehingga ia membacanya berulang-ulang seraya meneruskan perjalanannya yang tidak menentu. Tiba-tiba azan Subuh telah di dengarnya, petanda hari telah pagi, kemudian pulanglah ia. Setelah berwuduk dan Solat Subuh, matanya masih juga tidak mahu dipejamkan, kerana itu ia lalu duduk-duduk saja diserambi rumahnya seraya kembali membaca ayat yang di dengarinya tadi berulangkali.

sambungan - klik
http://www.rahsiaperkahwinan.com/2009/08/doa-untuk-hilangkan-kesedihan.html

Tuesday 23 June 2015

Doa Patah Hati

Doa patah hati
Kasih sayang, perasaan cinta serta iman seseorang itu adalah sesuatu yang sukar dikekalkan. Jika ia sudah mula pudar dan hilang dari sudut hati sanubari itu maka akan hilang kasih sayang terhadap seseorang insan itu yang suatu masa dahulu, cukup dicintai, cukup dikasehi dengan sepenuh hati.
Kini hanya tinggal kenangan sedih yang sukar diubati. Peliharalah cinta dan kasih itu seperti iman yang sejati, Jangan biarkan ia pergi. Apabila kasih dan cinta itu hilang, sukar untuk dicapai kembali.
Banyak perhubungan yang terputus ditengah jalan. Yang paling teruk jika yang sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak. Kadang-kadang perhubungan suami isteri sahaja dikekalkan demi anak-anak. Perasaan kasih sayang dan cinta sudah lama terpadam. Yang lebih menyedihkan sidia mula mencari orang lain sebagai pengubat hati.
Bagi yang belum berkahwin dan bercouple, cinta yang semakin pudar dapat dihidu. Kalau dahulu si dia selalu telefon anda tetapi sekarang anda sudah jarang-jarang dapat “call”. Kalau dahulu selalu terima “SMS” panjang-panjang, kini pendek dan ringkas sahaja.
Bagi yang sudah berkahwin, paling senang nak tahu kasih sayang dan cinta pasangan anda semakin pudar. Ia sudah pandai menyakitkan hati anda. Apa yang anda buat dah tak betul dimata dia. Nampak kelemahan lebih dari kebaikan serta susah nak senyum dan bergurau macam dulu-dulu.
Doa ini boleh diamalkan oleh yang mereka yang belum berkahwin dan yang sudah berkahwin. Jadi berusahalah dan berikhtiar kerana masih belum terlambat sebelum menjadi luka menjadi kudis dan bernanah.
Cara-cara memulihkan:
1. Solat hajat – minta dipermudahkan dan dimakbulkan (Baca doa ini selepas solat hajat) – Mohon pada Allah SWT kembalikan perasaan cinta dan kasih sayangnya terhadap anda
2. Boleh amalkan doa ini selepas setiap kali solat waktu. Baca doa ini dan ditiup pada tangan dan sapu pada wajah serta lurutkan keseluruh badan.
3. Jika yang sudah berkahwin, baca pada air doa ini dan minum. Masukkan juga dalam minuman sidia. Mulakan selawat 3x, Al-Fatihah 7x dan Doa tsb sebanyak 11x. InsyaAllah dengan izin-Nya dapat diselamatkan rumahtangga anda. Pada Mu, Ya Allah aku berserah…..

Monday 22 June 2015

Zikir Ramadhan


Doa Menhilangkan rasa sakit

Letakkan tangan ditempat yang sakit dan baca bismillah 3x serta ayat diatas 7x.
-sumber :riwayat muslim 2202

Bismillah 5 – Penyembuh pelbagai penyakit

1. Bismillahir Rahmanir Rahiim
2. Bismillahish Shaafii
3. Bismillahil Kaafii
4. Bismillahil Mu’aafii
5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas samii’un ‘alim
Maksudnya:
1) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2) Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan.
3) Dengan nama Allah Yang Mencukupkan.
4) Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik.
5) Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Antara fadhilat Bismillah 5 ialah:
* Penawar bisa diri.
* Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang.
* Penawar bisa-bisa badan.
* Penawar sakit perut.
* Boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya.
Cara Merawat:
Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, kemudian bacalah Bismillah 5 ini sebanyak tujuh kali. Kemudian tiupkan di tempat yang sakit itu. Selepas itu tiup pula ke atas air. Kalau anggota yang sakit itu tidak boleh disentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar disentuh, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan i’tikad bahawa anggota tersebut adalah anggota yang sakit. 
Dengan izin Allah, mudah-mudahan sembuh penyakit yang dihidapi. Kita hanya mampu berdoa dan berikhtiar serta bertawakal, Allah jua Yang Maha Penyembuh.

Niat Puasa Ramadhan dan Doa Berbuka Puasa serta Niat Ganti Puasa

Niat Puasa Ramadhan dan Doa Berbuka Puasa serta Niat Ganti Puasa ?Ramadhan Ya Allah. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Ahlan Wasahlan. Wahai Tuhan Allah, Berkatilah kami pada bulan Ramadhan ini Ya Allah. InshaAllah mari sama-sama membetulkan haluan yang tersasar dan memperbaiki diri di dalam bulan puasa ramadhan ini.
Puasa Ramadhan

Niat Puasa Ramadhan Sehari

Waktu yang paling bagus untuk berniat puasa ramadhan ialah pada waktu malam (selepas solat sunat tarawikh), pada tiap-tiap malam.
Niat Puasa Sehari

Niat Puasa Ramadhan Sebulan

Niat Puasa Sebulan

Doa Berbuka Puasa

Kita dituntut untuk berbuka di awal waktu dan Rasulullah S.A.W pernah bersabda :
“Tiga orang yang tidak ditolak doanya adalah Pemimpin Yang Adil, Orang Berpuasa Ketika Berbuka PUasa dan
Orang yang Dianiaya. Allah mengakat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”
Doa berbuka puasa

Niat Ganti Puasa

Niat Ganti Puasa

Doa agar tidak kekeringan wang

Doa ini adalah rahsia amalan para ulamak dahulu kala agar wang yang dimiliki tidak pernah kekeringan. Sering saja rezeki yang tidak terdugaa akan mendatang sebaik saja wang hampir kekeringangan. Jika doa ini diamalkan menurut tertip yang dianjurkan Insyaallah anda tidak pernah kehabisan wang.
Doanya;
Bismilahirahmanirahim muhammadun Rasulullahi shallallahu alaihi wassalam, ahmadur Rasulillahi shallallahu alaihi wassalam.
Waktu dibaca;
Dibaca pada malam jumaat terakir di bulan Rejab sebanyak 35 kali.